Kunjungan FBKT ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

4 April 2023 (Selasa) I Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) Prof Madya Ts Dr Sarizam Mamat bersama dua orang pensyarah lain iaitu Dr Nur Sakinah Mohamed Tamat (Ketua Unit Khidmat Masyarakat) dan Prof Madya Dr Noor Azlina Ibrahim telah berkunjung ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) bagi membincangkan ruang kerjasama dan aktiviti yang melibatkan komuniti sekolah. Perbincangan ini melibatkan staf JPN iaitu Ts Roshasfarizan Che Ghazali (Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah), En Muhd Yusri Yusoff (Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan) dan Puan Wan Shafiah Wan Ab Rahman (Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid).

Antara aktiviti diperbincangkan seperti aktiviti STEM dan Delima Minecraft 2023, masing-masing akan diadakan pada awal Jun dan Oktober 2023. Selain daripada itu, agenda penjanaan pendapatan juga diperbincangkan melalui knowledge transfer program dengan memanfaatkan kepakaran pensyarah di FBKT untuk ditawarkan kepada komuniti sekolah (staf, guru dan pelajar). Beberapa program bersama akan diadakan ini diharap dapat merapatkan jurang komuniti sekolah dengan komuniti universiti selaras dengan hasrat untuk memasyarakatkan kewujudan sebuah universiti dan fakulti.

Prof Madya Dr Noor Azlina Ibrahim